4 FASA DUNIA BISNES ONLINE !

kesian newbie baru nk bisnes , dah la takde modal , mula dengan dropship je , belajar lah sorang2 promot kt fb ni ,  tapi ada kawan cakap  EEEEE MAHAL NYEEE 
kawan2 bagi lah diskaun

krik krik krik ....

kawan dah la tak sapot untuk beli , mengutuk pula ,kalau kita down kat fasa1 ni ,
kita akan hancur , jangan down kat fasa 1 sebab fasa 1 ni paling kuat cabaran MULUT NYA
cabaran mulut ni bukan dari kawan je tapi ahli keluarga terdekat

fasa 1 Lebih kurang , 1-3 bulan pertama mmang kutukan , hinaan perlian
maksima 6bulan bergantung cara kita bertindak
ACTION KITA UNTUK MAJU kedepan

selepas 6bulan kita upgrade jadi stokis atau agent , dah pegang stok sendiri
kita pun upload  " ALHAMDULLILAH FIRST TIME AMBIL STOK
SEMOGA LAKU KERAS "

kawan : BOLEH BERJAYA KEE,, 
AKU NAK TGK BERAPA LAMA KAU LEH TAHAN..

fasa 2 ni selalu kita lebih matang dan tak peduli dah
sebab fasa 1 tadi kita dah kebal , kita pun dah syok sebab dapat upgrade
dari dropship seciput sekarang , kita pun terus maju kedepan,
akhir nya beli sebijik aset /kereta , barang emas ke  apa2 lah yang menarik
kita pun upload

HASIL NIAGA ONLINE , ALHAMDULLILAH :)

kawan : BRU MAJU SIKIT DAH BELI KERETA, 
TU LAH MELAYU , TAK LAMA LAGI KENA TARIK LAH TU ..

fasa 3
selalu kita dah sibukkkkkk , dia komen pun kita tak peduli dah , kadang mungkin kita lupa terus kat dia dah hehe .
yang kita tau nk repeat repeat repeat , hang nak kata aku pasal kat hang lah
sebab bisnes kita makin maju
kita pun upgrade ilmu , dah jadi stokis kan untung masyukkk kit
HQ bagi reward macam2 ,  pi kelass belajar marketing tok nenek bagai
dan kita memang terus kedepan  , follower kita pun makin ramai

DIA ? semakin samar dalam ingatan kita

TAPI BERBEZA DENGAN FIKIRAN KAWAN KITA TU

MATA dia dah terbuka luas tapi bukan peluang bisnes
dia nampak kenikamatan dari segi yang lain !
tiba2 kita akan dapat 1 sms misteri

" WEI BOLEH TAK PINJAM DUIT ? kereta aku dah 3bulan tak bayar
bulan ni sesak sikit , tolong lah , tak kan taknak bantu kawan
KAU PUN DAH SENANG SEKARANG "

tudiaaaaaaa AYAT KERAMAT keluar dah , kau pun dah senang sekarang ! 

kita pun berhati suci , niat masih nak bantu, kawan kan ?
" nak tak kau jadi dropship aku ? untuk kau aku bagi produk je , takpayah modal
nanti dapat untung kau bayar "

ada dua balasan korang akan dapat

- kutukan
- seen

ni hakikat ..
aku pernah alami benda ni dan aku rasa 90% peniaga akan alami benda ni
kalau lah kita berhenti kat fasa 1 tadi ?

dan berapa ramai seller online yang dah pun berhenti di fasa 1 ?

thanks sudi baca :)

#founderdianz
blog : www.dianpixy.my
website : www.hisaphisapteruscantik.com


RASA BERSALAH DENGAN UWAIS 😭

kehidupan aku ni hari2 sibuk , makan pun kdg kemana , byk masa di habiskan dalam kereta , uwais anak aku memang aku besarkan sendiri , rumah aku tanpa maid .

uwais anak baik yang hidup tanpa gajet 100% . bulan ni dah masuk 6 bulan uwais tanpa gajet
bila tengok dia main sorang2 , aku selalu rasa sedih


ada dua perasaan bila tengok uwais main sorang2

1. nak bagi uwais adik
2. rasa kesian kat uwais dan adik , sbb skang pun uwais mcm terabai sikit

hmm ... bila nk tidur aku selalu fikir benda ni , aku sangat hapy ada kak ,abg dan adik . Aku happy ada org support aku , syg aku , bercerita dgn aku

jadi bila aku decide untuk malas pregnant lagi , aku selalu rasa bersalah ,aku rasa aku sangat selfish. aku happy ada beradik kenapa aku tak nak bagi benda tu kat uwais ?

bila aku rasa mcm ni , aku akan cakap lak " ok kita bagi uwais adik "
pastu aku cakap lak " no no no , nnt adik2 terabai "

apa masalah aku pun tak faham , ke aku trauma dgn bersalin lg ?
ni memang perangai ibu2 berkerjaya ke ? dalam dilema ?
sharing sikit ibu2 semua

thanks sudi baca :)




#founderdianz
www.hisaphisapteruscantik.com

PELIK KE ? RAPAT DENGAN IPAQ DUAI ?

ramai orang pelik bila aku cakap aku travel dgn satu family adik beradik + ipaq duai. ramai orang cakap macam wah ! hebat ek holiday dgn ipaq duai ? percaya ye dengan ipaq duai ?

family aku boleh di katakan setiap kali travel akan ada semua , kalau tiba2 kak atau abang taknak pergi seluruh trip holiday boleh cancel . rasa tak lengkapya bila takde salah sorang
tahun 2016 tahun paling suram , sebab adik spm 😭 dpt pergi korea je awal tahun haritu
tu pun cikgu dah perli " family awak takde tarikh lain ke nak pergi holiday "

abg ( nauf ) dan adik *tripkorea


aku nak share tip macam mana nak bagi adik beradik , ipaq duai rapat antara satu sama lain !

1. jangan berlagak kaya atau pernah cita kejayaan
ni paling penting , walaupun aku ni founderdianz aku tak pernah balik kampung tiba2 nak cita bisnes aku kencang , ada puluhan billboard lah , bla bla ! tak pernah lgsg , boleh di katakan kalau family atau ipaq duai tanya bisnes macam mana ? " ok lah alhamdullilah " macam tu je , takde aku nak sembang kencang dapat sale sejuta bagai .

family aku :) trip korea

2. hormat satu sama lain dan anak2 mereka
jangan nak kekwat mentang2 lah kita ni berada , itu tak boleh , ini tak boleh , mentang2 kita selalu bg duit kt mak , adik beradik lain cakap semua tak betul belaka . ni memang takde dalam family aku , semua orang adalah sama , kalau boleh sorok2 lagi taknak diorang terasa

familykak *tripkorea
3.  kaya kan adik beradik yang lain !
boleh di katakan adik beradik aku semua senang . dulu aku sorang je senang , tp bila aku dah mula bertapak dlm bisnes online . semua pun nk buat bisnes online . tapi JANGAN BAGI MODAL ! aku memang tak bagi sesen pun duit kat adik beradik untuk mulakan bisnes . pakai duit sendiri tapi  ilmu aku bagi . tak faham tanya ! aku sedia membantu tapi jangan minta duit ! PANTANG TOK NENEK !
bila pakai duit sendiri baru rasa azab nk maju kan bisnes  kalau semua nak di suap BANYAK DIVA !

4. tong tong pi mana2 pun ..
kalau holiday mana2 semua ada tugasan masing . QUEEN & KING opkos lah mak dan abah kan. kami adik beradik selalu akan tong tong duit !

aku - hotel / penginapan
abg ipaq / kak - flight
abg - belanja duit kt sana ( makan )
so takde istilah hg kaya aku miskin , hg belanja hg best ! noooooo ! semua adalah sama !

mak abah *tripkorea
5 . Seboleh nye satu rumah !
pergi memana kami memang tak mau kalau bilik asing2 . tak happy nye . seboleh kami akan pilih homestay atau villa kalau holiday . biar lah tambah extra bed pun asalkan semua satu rumah . baru lah riuh rendah . TAKDE ANAK DARA nak duduk dlm bilik . sepakat membawa berkat lah senang ckap .

suami dan abg ipooooo
Setakat ni aku memang takde masalah dan tak pernah ada masalah dengan holiday family dan ipaq duai, kami holiday byk tempat dah , luaq dan dlm malaysia , korea , maldives , umrah , thailand , lombok ,guangzhou , trip bisnes pun angkut family

bagi aku trip dgn family paling membahagiakan walaupun agak kos sikit tapi kenangan tu tiada nilai nye , gaduh2 manja ? tu biasa , mana ada family yang sempurna ,  jangan asyik nak salah kan adik beradik dan jangan pernah bergaduh lebih 1hari

thanks sudi baca :)

#founderdianz
www.hisaphisapteruscantik.com